Home โ€บ Groups โ€บ ๐“œ๐“ฎ๐“ต๐“ช๐”‚๐“พ ๐“‘๐“ช๐“ฒ๐“ด ๐“Ÿ๐“พ๐“ท๐”‚๐“ช
๐“œ๐“ฎ๐“ต๐“ช๐”‚๐“พ ๐“‘๐“ช๐“ฒ๐“ด ๐“Ÿ๐“พ๐“ท๐”‚๐“ช Telegram
Telegram Channel Link

๐“œ๐“ฎ๐“ต๐“ช๐”‚๐“พ ๐“‘๐“ช๐“ฒ๐“ด ๐“Ÿ๐“พ๐“ท๐”‚๐“ช Telegram Channel Link

โ˜…โ˜…โ˜…โ˜…โ˜… 0.0 (0 ratings)
๐Ÿ‘ 2 views โ†— 0 joins
๐Ÿ‡ฎ๐Ÿ‡ณ India ๐ŸŒ English # Dating, Flirting & Chat
About this telegram channel link
๐Ÿ˜˜https://t.me/SERIGALA_di_TanahBERBUDI/2808 #HatersJibbyAbadi #SemahunyaMerdeka #KitaPeng_Yu
Telegram Channel

Latest public posts from this Telegram channel.

38 subscribers
18 Feb 2026 latest post
Click to fetch the latest posts directly from Telegram.
Ada orang tu dia tak fikir panjang tapi nak bercerita macam dia faham semua benda. Otaknya dah tepu dengan idea yang sama sampai apa-apa ilmu atau informasi yang baru tak boleh masuk lagi dah.. yang boleh akses masuk pada kebebalan dorang ni adalah benda-benda yang sama bebal dengan ideologi dorang yang akan menambahkan lagi kebebalan sedia ada.Aku ada abang.. kat sini dulu pernah aku sebut pasal Abang Long dan akak aku.. Kak Ngah sebab dia nombor dua. Dan aku ada sorang lagi abang... Yang aku tak pernah sebut kat sini sebab aku tak rapat dengan dia sekarang ni. Aku panggil dia Bang Lang. Rapat masa kitorang budak-budak dulu laa. Bila dah besar.. dia punya ego pun besar.. aku pun ada aku punya kerek.. so, tak ngam.Anyway...Kisahnya.. Bang Lang aku ni sorang yang totok dalam bab politik. Dan sorang 'ekstrimis' dalam bab agama. Sebab sejak dulu, zaman remaja lagi, dia merupakan penyokong tegar #PAS. Masa Hadi Awang ambik alih dan bersahabat dengan Najib Razak dulu baru dia keluar dari PAS. Tapi perangai lama masih ada. Masih rasa diri betul. Kalau dapat satu-satu info dari group Wasap, dia akan pegang tanpa usul periksa. Asalkan dalam teks yang di share'kan tu ada tulis "dalam Quran ada sebut..", dah cukup untuk buat dia yakin yang teks tu betul. Sampaikan kisah fitnah tentang sebab-musabab Rasulullah kahwin ramai pun dia percaya. Tapi aku tak nak cerita kat sini apa fitnah yang disampaikannya tu.. tak elok.Yang pasti, Bang Lang aku adalah jenis yang dia yakin dia betul. Dia takkan kaji apa-apa. Dia ikut citarasa dia je dalam menilai sesuatu. Kalau dia tak setuju dengan sesuatu pendapat tu.. dia akan maki. Kalau ada khilaf pandangan dalam hukum agama, ulama yang dia tak suka tu dia tuduh sebagai ulama sesat. Macam Ustaz Azhar Idrus sikit laa dia. Ye laa.. bekas 'kipas susah mati' PAS kan dulu.. perangai mengatakan orang lain yang tak sefahaman dengan dorang sebagai kafir dan sesat tu memang kepakaran geng tu laa. Syurga-neraka orang pun dorang yang tentukan.Apa pun.. pasal Sumud Flotilla ni. Bang Lang aku cakap tu semua kerja bodoh. Kerja sia-sia. Orang yang pergi tu semua bodoh, katanya. Alasan dia.. sebab dah tertulis Akhir Zaman nanti yang akan bunuh semua #Yahudi adalah Imam Mahdi, katanya. So, ibaratnya perjuangan aktivis Sumud Flotilla ni semua tak ada makna sebab dorang bukan Imam Mahdi atau bukan di pimpin oleh Imam Mahdi. Itu mentaliti dia. Dan aku yakin, ramai jugak orang Melayu-Islam yang fikir macam tu.Jadi, jenis dorang ni akan abaikan segala penderitaan rakyat #Filistin tu. Bagi dorang, itu semua dah tertulis. Rakyat Filistin ni dah di takdirkan untuk menderita sampailah Imam Mahdi datang nanti. Itu yang dorang pegang. Baca Qunut Nazilah untuk Filistin pun takde makna, katanya. Sebab? Imam Mahdi belum sampai...Satu lagi alasan Bang Lang aku ni.. pemimpin-pemimpin #Islam lain tak bersatu pun, takde sibuk nak berjuang pun. Laahaiii... Ini kot pemimpin negara-negara Islam bersatu pun dia akan pertikaikan jugak dengan alasan, Imam Mahdi je yang boleh bunuh Yahudi. Mentaliti, bro. Bodoh tak boleh di ajar dah ni.So, tunggu je? Perjuangan kita yang tertinggal kat sini ni setakat jaga solat dan beramal soleh, pergi belajar fardhu ain dan jaga akidah je ke? Bila saudara seagama kita di zalimi pun kita biar je sebab belum masanya lagi..... Kena tunggu Imam Mahdi dulu, macam tu?Kita tak berjuang. Aku mengaku aku pun tak berani nak berjuang macam aktivis tu semua..Ni dah ada orang yang berani melangkah ke depan, bukan berperang, cuma bersolidariti atas nama agama dan kemanusiaan. Pun kena hina. Dikatakan bodoh. Dikatanya itu sia-sia.. dan sebagainya hanya kerana dia hidup dengan melihat dan mengukur dunia ni menggunakan otak satu dimensi yang teperusuk jauh di bawah tempurung, dia terus yakin bahawa menantikan Imam Mahdi itulah keutamaan yang Allah SWT tekankan. So, dia akan terus menganga sambil menghina orang-orang yang berjihad dan mencari syahid tu sebagai bodoh sebab 'hanya Imam Mahdi yang boleh bunuh Yahudi'.Dorang bukan pergi perang pun laa oii....!! Adoii..Mental mati ini orang.
Ada pulak yang macam ni kisahnya..https://www.facebook.com/share/p/167udexJmS/Tak tau laa siapa dalang di sebalik nama Jebat JD tu. Apa bangsa dan kepercayaan dia pun kita tak tau.. yang pasti, ada segelintir dari kalangan kita yang lain kerja takde, bila orang dalam masalah, dia akan mengata, mengutuk.. mengeruhkan lagi keadaan.Tak ada sensitiviti langsung walaupun #Melayu ni sebenarnya bangsa yang sangat sensitif.. bila time adat dan hak dorang jadi mainan politikus je laa dorang akan terasa dan melenting. Terbaik Melayu.
Doakan mereka semua yang terlibat dalam Sumud Flotilla selamat.. selamat tanpa di apa-apakan.Doa untuk #Palestin.. Doa untuk #Malaysia.Doa untuk semua.Setakat ni, ini sahaja rakyat negara kita yang menjadi tahanan bangsat #Zionis.Teruskan berdoa...
Tengok pada situasi politik yang menjurus pada isu ketuanan #Melayu yang di mainkan oleh politikus-politikus yang berkudakan agama ni... Rasa macam mustahil angan-angan 'Bani Tamim' untuk memerangi kafir dan memenggal kepala Dajal akan tercapai..Heh.Macam-macam idea meninggikan bangsa telah Melayu suarakan. Tak apa laa kalau nak berkisah tentang semangat perjuangan.. tapi kalau dah macam poyo sangat tu, leceh laa..Selain mengaku diri Bani Tamim, ada jugak Melayu yang mengaku diri berasal dari Bani Keturah.. kata Melayu berasal dari Tanah Arab laa.. keturunan Nabi Ibrahim AS laa..Ini bukan setakat kepercayaan Melayu, tapi segelintir bangsa #Nusantara.. kononnya nanti akan ada seseorang dari Alam Melayu ni "di takdirkan" akan memenggal kepala Dajal.Nak berimpian tu boleh. Tapi jangan sampai mendahului Tuhan.Apa pun. Semangat perlu sentiasa membara. Mau penggal Dajal, kena kuatkan iman dulu!Salam Merdeka 68 buat #Malaysia!
Mufti Penang & Apa Yang Ditinggalkan Oleh NabiAku baru kenal channel sedara ni dalam beberapa bulan ni..Apa yang aku perasan di bahagian komen selalunya akan ada Aswaja atau orang yang tak setuju dengan sedara ni akan tulis- "kamu tu kapten je, tak payah lah nak tunjuk pandai nak tegur ulama", lebih kurang macam tu laa biasanya. Ada yang akan kutuk bab sebutan atau bacaan ayat-ayat Quran dia.Kat Malaysia ni pentaksub mesti ada satu mentaliti yang mana 'orang biasa tak boleh tegur salah ulama', yang peliknya, bila Dr. MAZA atau Dr. RoRa tegur salah dorang, dorang yang mengaku Ahli Sunnah Waljamaah ni tetap jugak melenting. Tuduh laa Perlis negeri Wahabi. Haihh..Dorang yang tak setuju ni sebenarnya kurang berilmiah dan akan bagi komen tak ada adab. Sebab apa jadi macam tu? Sebab ustaz-ustaz Aswaja yang mengajar dorang jadi macam tu. Bila ada yang tak setuju dengan dorang yang Aswaja ni, orang itu akan di labelkan sebagai Wahabi dan Wahabi itu sesat.Yang pelik bila dorang amalkan perkara-perkara bid'ah tu, takde pulak dorang kisah nak fikir itu akan mendatangkan kesesatan atau apa. Balik-balik, bagi hadis yang jauh dari amalan Rasulullah SAW. Paling biasa alasan- ulama tu buat, ulama ni ada tulis kitab pasal hukum dan amalan ni.. ulama.. ulama.. ulama.. nabi tak buat, buat apa sibuk nak ikut ulama pulak?Orang biasa tak boleh tegur ulama, ehhh....? Walaupun yang menegur ada bagi rujukan hadis sahih, siap bentangkan tafsiran-tafsiran ulama-ulama mahsyur, pasti akan ada Aswaja yang menafikan dan menentang.. perbezaan pendapat ini biasa terjadi, namun cara kita meraikan atau memberikan pendapat itu seharusnya betul. Ni tak, bila tengok ulama atau ustaz idola kita kena kritik, kita balas dengan kata-kata hinaan seolah-olah ulama yang dia ikut tu saja yang terpaling betul.Sampai ada satu tahap, aku terjumpa komen Aswaja di YouTube yang tanpa rasa bersalah mengatakan mazhab lain sebagai sesat sebab cara beribadah atau pegangan hukum yang tak sama dan sedikit berbeza dengan kita yang bermazhab Shafi'i. Siap dapat banyak like lagi komen tu, maksudnya ramai jugak yang setuju dengan dia. Berani betul Aswaja menuduh mazhab lain sesat ye?Problem betul umat Islam zaman sekarang ni.Sejujurnya, aku sekarang lebih suka mendengar ceramah atau kuliah agama yang di sampaikan oleh geng-geng Salafi. Walaupun UAI, Ustaz Engku Ahmad Fadzil dan lain-lain ustaz Aswaja tuduh dorang tu Wahabi hanya kerana Salafi ni banyak menegur perkara-perkara bid'ah yang dah menjadi amalan kebiasaan dalam kalangan Aswaja. UAI and the pondok gang punya zikir 'bodo' dan 'bengong' tu aku tak boleh terima dah. Dulu boleh buat tak kisah je. Tapi dah lama-lama tu tengok tak berubah jugak UAI, geng ustaz-ustaz pondok lain pun selalu bodohkan orang.. aku rasa sampai masa aku jauh dari jenis agamawan yang macam ni.Kalau dulu aku tak suka RoRa, sekarang aku rasa dia lagi masuk akal daripada kebanyakkan ustaz Aswaja yang tak boleh terima tafsiran dan pendapat ulama lain selain dari yang bermazhab Shafi'i. RoRa selalu kena tuduh cuba nak tunjuk pandai melebihi imam Shafi'i.. sedangkan apa yang dia bacakan dan terangkan pada umum adalah di ambil dari pendapat imam-imam mazhab dan ulama-ulama besar yang lain. Siap dia sebut nama kitab rujukan dan nama ulama tafsir lagi. Tapi apa yang Aswaja buat? Menyemarakkan kebencian dengan menuduh RoRa dan orang-orang yang tak setuju dengan pegangan dorang yang mengaku diri Ahli Sunnah Waljamaah ni sebagai Wahabi.Senang buang kes, tak nak pakai pendapat mazhab lain, tuduh dorang tu Wahabi.
Drama Bidaah memang menjadi fenomena sejak sebulan dua ni..ASWAJA atau Ahli Sunnah Waljamaah merasakan drama tersebut berpihak pada geng-geng Salafi atau sering dorang dilabelkan sebagai Wahabi. Sebut saja nama Dr. MAZA, Rora dan Salman Ali.. maka ramailah ustaz-ustaz Aswaja yang berbulu dengan nama-nama tu.. terutama UAI dan Ustaz Engku Ahmad Fadzil.. PU Faiz pun ada berdebat dengan Salman Ali sebelum ni. Aku tak faham apa point debat dia. HahaOkay.. Bidaah atau Bid'ah ni katanya terbahagi pada dua, satu yang Mahmudah (terpuji) yakni yang tak melanggar hukum syarak atau sunnah. Dan lawan dia ialah Mazmumah (terkeji).Wahabi ni kalau di fahamkan secara ringkas, adalah satu aliran fahaman yang diamalkan oleh segelintir Muslims yang menentang perkara atau amalan "baru", bid'ah bermaksud perkara baru atau yang di ada-adakan, yang Rasulullah tak buat. Aliran ni terinspirasi dari perjuangan Muhammad Ibni Wahhab yang pada ketika hayat beliau begitu tegas menentang kemungkaran dan amalan khurafat.Aku tak taksub kat mana-mana aliran. Baik Salafi atau Aswaja Asya'irah Maturidiyah, kedua-dua bagi aku ada lebih ada kurang. Aku sekadar orang biasa yang nak perbaiki diri. Kalau dorang gaduh pasal "Allah bertempat atau tak?" Atau pasal Sifat 20, misalnya. Aku tak campur. Kata Aswaja, Wahabi ni jenis yang faham Al-Quran secara zahirnya saja- tak kaji dan tak terima pendapat ulama tafsir. Tapi Salafi Malaysia ni, pegang jugak hadis, bukak jugak kitab tafsir. Tapi UAI dan geng Aswaja lain nak kata jugak Salafi ialah Wahabi dan Wahabi itu sesat.. ikut dorang lah. Pada aku, ada benda yang boleh aku pegang dari "Wahabi" tu. Sebenarnya, kita semua pun tak tau ciri-ciri Wahabi ni macam mana sebenarnya. Cuma dengan dorang tu tegas mengatakan amalan itu dan ini sebagai bid'ah, dorang tu jatuh dalam kelas Wahabi? Atau apa..?Pada aku, bid'ah memang bid'ah laa, sebab paling penting- Rasulullah SAW tak buat. Nak cerita Mahmudah atau Mazmumah, tu jatuh nombor dua. Kan? Sebelum kita nak cari hadis yang dapat backup amalan bid'ah kita ni, kena terpaksa terima jugak hakikat- bid'ah is bid'ah.Aku rasa, Aswaja ni lebih nak menegakkan benang yang basah bila "Wahabi" cakap pasal "Rasulullah tak berdoa, dan di aminkan beramai-ramai lepas solat fardhu berjemaah". Huh! Aswaja pun sibuk laa bentang hadis pasal Rasulullah pernah masuk dalam masjid yang mana, ada satu kumpulan jemaah sedang berdoa beramai-ramai dan Rasulullah ikut mengaminkan doa dorang. Sebut pulak pasal nabi Harun AS mengaminkan doa nabi Musa AS. Dua-dua contoh tak ada kaitan secara langsung dengan amalan Rasulullah SAW selepas solat.Jadi, seelok-eloknya kita cari dulu sunnah yang betul-betul Rasulullah buat bukan cari alasan. Aku bukan nak menangkan mana-mana pihak, tapi aku kena kongsi laa sini bahawa Rasulullah berdoa dalam sujud terakhir dan selepas salam, baginda dan jemaah berzikir sendiri-sendiri je lepas solat.Ya, amalan berdoa ramai-ramai lepas solat fardhu tu Mahmudah. Tapi, tetap bukan cara Rasulullah. Kenapa ustaz Aswaja tak sebut sunnah yang tu tapi asyik sangat nak bukak hadis yang jauh dari amalan Rasulullah SAW?Apa kesan dia kat kita Aswaja hari ni? Ada ustaz-ustaz Aswaja kata, "tak berdoa lepas solat fardhu bermaksud kita menyombong dengan Allah, Allah murka". Tak ada sorang pun ustaz yang ajar aku dulu sebut pasal berdoa dalam sujud, sebab itu laa saat seorang Muslim paling dekat dengan Allah! Ada pulak ustaz yang kata, "solat kira habis bila kita selesai sapu muka lepas ke dagu", padahal tak ada pun amalan Rasulullah SAW sapu muka lepas solat!Kita ni sibuk nak kata orang tu sesat, orang ni sesat, tanpa kita nak terangkan satu-persatu amalan Rasulullah SAW yang sebenar-benarnya. Doa Qunut itu sunat.. tapi kita kena pulak sujud Sahwi kalau tertinggal? Dah tu ikut sumber yang aku dengar dari Rora (ramai laa Aswaja yang tak puas hati dengan aku lepas ni), doa Qunut Subuh yang Rasulullah baca dulu adalah Qunut Nazilah.Ustaz ke, ulama ke, dorang bukan nabi. Apa pun aliran dia. Ada lebih ada kurang. ๐Ÿคท๐Ÿปโ€โ™‚
Dulu-dulu aku suka bulan Ramadhan sebab.. hantu kena ikat. Memang bulan Ramadhan ni bulan yang aku terpaling berani laa nak keluar malam bagai. Dulu kampung aku lampu jalan takde, kot ada pun kat jalan besar je, itu pun tak semuanya menyala. ๐Ÿ˜… So, bila bulanโ€ฆ
Telegram Channel Link information
Country ๐Ÿ‡ฎ๐Ÿ‡ณ India
Language English
Type Telegram Channel Link
Subscribers 38
Rate this group

How would you rate this community?

0.0 โ˜… Join Group โ†’