Home › Groups › Saifuddin Nasution Ismail
Saifuddin Nasution Ismail Telegram
Telegram Channel Link

Saifuddin Nasution Ismail Telegram Channel Link

★★★★★ 0.0 (0 ratings)
👁 4 views ↗ 1 joins
🇮🇳 India 🌐 English # Dating, Flirting & Chat
About this telegram channel link
The Official Telegram Channel of YB Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail. - Menteri Dalam Negeri (KDN) - Ketua Setiausaha Pakatan Harapan 🇲🇾
Telegram Channel

Latest public posts from this Telegram channel.

487 subscribers
25 Feb 2026 latest post
Click to fetch the latest posts directly from Telegram.
Di bulan Ramadan yang penuh keberkatan dan mulia ini, jom kita sama-sama ambil peluang untuk berkongsi rezeki. Alhamdulillah saya pun dapat peluang berkongsi rezeki dengan pengunjung bazar Ramadan Taman Mahsuri minggu lepas. Menu wajib di bulan Ramadan iaitu bubur lambuk & kurma dan juadah “best seller” di bazar Ramadan - martabak & satay. Insya-Allah ada kesempatan kita pi kongsi rezeki di bazar Ramadan lain juga!#MalaysiaMadani #MADANIBekerja #RancakkanMADANI #SaifNasution
Insya-Allah YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Presiden KEADILAN akan bersama kita di Konvensyen KEADILAN Kedah 2026 pada hari Jumaat ini, 13 Februari 2026. Kelmarin di Konvensyen Selangor, berapi & semangat ucapan beliau - kita sama-sama nantikan amanat khusus keluarga KEADILAN Kedah🔥🔥Yang pasti hala tuju KEADILAN tetap sama - ke arah Memperkasa Agenda Rakyat!Jom pakat mai, insya-Allah keluarga KEADILAN Kedah tetap mantap💪🏻
Semalam saya beri penerangan tentang siasatan Kes Durian Tunggal, Melaka. Halatuju KDN & PDRM jelas: - Beri respon tegas & elakkan keraguan.- Pembentukan Pasukan Siasatan Khas di bawah JSJ, PDRM.- Keputusan dibuat berdadarkan fakta & sains.- Segala dapatan dirujuk terus ke Peguam Negara tanpa campur tangan. Ini adalah fakta yang saya jelaskan semalam dan video penuh penjelasan saya boleh ditonton di pautan ini —->>> https://youtu.be/LaQsBDUlhRU?si=kwLjqCWCEg5XWB2n#MalaysiaMadani #MADANIBekerja #RancakkanMADANI #KementerianDalamNegeri#SaifNasution
Reformasi SOSMA adalah untuk menjamin keadilan & keselamatan rakyat Malaysia - ini komitmen Kerajaan Madani. Saya beri penjelasan tentang pindaan Akta SOSMA untuk tangani isu yang sering dibangkitkan iaitu tempoh penahanan sementara menunggu prosiding & jaminan. Solusi yang kami cadangkan adalah pengelasan mengikut magnitud jenayah - tempoh yang lebih panjang untuk menyiasat jenayah berat berbanding yang lebih ringan. Insya-Allah kami akan usahakan segera mengikut proses. Video penuh penjelasan saya boleh ditonton di pautan ini —->>> https://youtu.be/LaQsBDUlhRU?si=kwLjqCWCEg5XWB2n#MalaysiaMadani #MADANIBekerja #RancakkanMADANI #KementerianDalamNegeri#SaifNasution
Keputusan kewarganegaraan hanya dalam SATU tahun sahaja - tidak lagi menunggu sehingga bertahun & ini kecekapan Kerajaan Madani. 52,444 keputusan dibuat dalam masa 3 tahun berbanding 55,041 dalam tempoh 8 tahun sebelum Kerajaan Madani.3,738 sahaja baki permohonan setakat 31 Dis 2025 & insya-Allah kami akan selesaikan mengikut masa yang ditetapkan oleh SOP. Reformasi SOSMA adalah untuk menjamin keadilan & keselamatan rakyat Malaysia - ini komitmen Kerajaan Madani. Saya beri penjelasan tentang pindaan Akta SOSMA untuk tangani isu yang sering dibangkitkan iaitu tempoh penahanan sementara menunggu prosiding & jaminan. Solusi yang kami cadangkan adalah pengelasan mengikut magnitud jenayah - tempoh yang lebih panjang untuk menyiasat jenayah berat berbanding yang lebih ringan. Video penuh penjelasan saya boleh ditonton di pautan ini —->>> https://youtu.be/LaQsBDUlhRU?si=kwLjqCWCEg5XWB2n#MalaysiaMadani #MADANIBekerja #RancakkanMADANI #KementerianDalamNegeri#SaifNasution
Mesej Kerajaan Madani yang disampaikan oleh YAB Dato Seri Anwar Ibrahim semalam amat jelas - pembinaan rumah ibadat harus ikut undang-undang. Saya sentuh juga sedikit tentang isu ini semalam - kita tolak provokasi melampau & jaga batas dalam memberi kritikan. Tugas KDN adalah menjaga keselamatan dalam negara, namun tugas kita semua rakyat Malaysia adalah menjaga keluhuran Perlembagaan Persekutuan & kedaulatan undang-undang. Saya tekankan prinsip Kerajaan MADANI - undang-undang terpakai untuk semua, ianya melindungi rakyat dan permasalahan perlu diselesaikan mengikut peraturan. #MalaysiaMadani #MADANIBekerja #RancakkanMADANI #KementerianDalamNegeri#SaifNasution
Kerajaan MADANI sentiasa menghormati kebebasan bersuara, namun prinsip asasnya jelas — kebebasan mesti disertai tanggungjawab.Ingin saya tegaskan bahawa PDRM sentiasa komited menjalankan tugas sebagai agensi penguat kuasa yang bertanggungjawab menjaga keselamatan orang awam - bukan untuk menekan hak kebebasan bersuara mana-mana pihak.Apabila terdapat aduan, menjadi tanggungjawab polis untuk menilai dan menjalankan siasatan awal. Individu yang terlibat akan dipanggil untuk memberi keterangan dan bekerjasama sepenuhnya, selaras dengan proses undang-undang yang ditetapkan.Setelah siasatan lengkap, kertas siasatan akan disediakan dan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC). Keputusan seterusnya adalah di bawah bidang kuasa AGC, bukan pihak polis.#MalaysiaMadani #MADANIBekerja #RancakkanMADANI #KementerianDalamNegeri#SaifNasution
Setiap sen wang rakyat mesti dipertanggungjawabkan - ini teras Kerajaan Madani dan juga komitmen peribadi saya dalam memikul amanah sebagai Menteri Dalam Negeri.KDN menyokong sepenuhnya arahan YAB Perdana Menteri untuk meneliti dan menambah baik sistem perolehan - seiring dengan agenda reform Kerajaan MADANI yang menuntut kebertanggungjawaban, kecekapan serta integriti dalam pengurusan kewangan awam.KDN juga sentiasa memberi komitmen penuh untuk memastikan sistem perolehan dilaksanakan berasaskan tatakelola yang telus, berintegriti dan bebas daripada sebarang ruang penyelewengan.Sehubungan itu, saya akan akan mengambil langkah-langkah susulan yang perlu bagi memastikan sebarang penambahbaikan dapat dilaksanakan secara teratur, berfasa dan berteraskan kepentingan rakyat.Tatakelola yang kukuh adalah asas kepada kepercayaan rakyat — dan KDN memikul tanggungjawab itu sepenuhnya.#MalaysiaMadani #MADANIBekerja #RancakkanMADANI #KementerianDalamNegeri#SaifNasution
Ziarah Kasih Madani - Taska Warisan De Qaseh Jabatan Pendaftaran Negara, 9 Disember 2025
Dalam apa jua musibah yang menimpa, saya ingin mengingatkan semua yang terkesan agar sentiasa mengutamakan keselamatan diri & keluarga. Insya-Allah Kementerian Dalam Negeri (KDN) & agensi-agensi terkait akan membantu mempermudahkan urusan dokumen diri rakyat Malaysia yang terkesan dengan cabaran, seperti musibah banjir yang besar sekarang ini. Seperti mana yang telah dilaksanakan sebelum ini, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan menggantikan dokumen pengenalan diri secara percuma kepada mangsa banjir yang kehilangan atau mengalami kerosakan dokumen akibat bencana ini.Insya-Allah Kerajaan MADANI sentiasa prihatin membantu rakyat, khususnya ketika berdepan ujian dan kesulitan - memastikan segala bentuk bantuan disampaikan dengan cepat, cekap dan berfokus kepada kesejahteraan rakyat.#MalaysiaMadani #MADANIBekerja #RancakkanMADANI#KementerianDalamNegeri
Tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum rakyat Sabah memilih dan saya harap pengundi N72 Merotai dapat beri peluang kepada calon PH di sana, Datuk Ruji Ubi untuk berkhidmat sebagai ADUN mereka. Saya kenal Datuk Rubi Ubi secara dekat, baik dari sudut peribadi mahupun profesional, sebagai seorang pemimpin yang konsisten, berintegriti dan benar-benar memahami realiti kehidupan rakyat di Merotai. Beliau bukan pemimpin bermusim, sebaliknya sosok yang turun padang, mendengar, memahami dan bertindak demi kepentingan masyarakat. Datuk Rubi memiliki kredibiliti, pengalaman dan iltizam yang diperlukan untuk membawa Merotai ke arah masa depan yang lebih tersusun dan sejahtera.Inilah kepimpinan yang Merotai perlukan — kepimpinan yang bekerja, bukan sekadar berjanji. Kepimpinan yang dekat di hati rakyat dan teguh membawa aspirasi Kerajaan MADANI ke realiti kehidupan seharian.#MalaysiaMadani #MADANIBekerja #RancakkanMADANI #HarapanUrangSabah
Bismillahirrahmanirrahim, semoga Allah mempermudahkan urusan anak-anak yang bakal menduduki SPM bermula hari ini.Buat anak-anak yang terlibat dalam musibah banjir yang sedang berlaku, semoga tabah menghadapi dugaan ini dan terus fokus menjawab soalan peperiksaan. Kerajaan Madani akan terus membantu kesemua keluarga yang terkesan, semoga Allah mempermudahkan juga usaha kami ini insya-Allah. SPM adalah satu langkah dalam perjalanan hidup yang panjang. Percaya pada diri sendiri, tenang, fokus dan buat yang terbaik. Usaha, doa dan restu ibu bapa adalah kekuatan paling besar buat anda.Kami di Kementerian Dalam Negeri sentiasa mendoakan kejayaan anda semua. Semoga setiap jawapan yang ditulis hari ini menjadi pembuka jalan kepada masa depan yang gemilang!#MalaysiaMadani #MADANIBekerja #RancakkanMADANI#KementerianDalamNegeri
Selamat Hari Kanak-Kanak Sedunia!Setiap kali saya bertemu anak-anak di mana-mana, saya akam sentiasa ingat bahawa mereka bukan sekadar generasi masa depan — mereka adalah amanah yang wajib kita lindungi hari ini.Di bawah Kerajaan MADANI, saya dan seluruh pasukan & warga kerja KDN komited memastikan setiap kanak-kanak diberi identiti, keselamatan dan peluang untuk membesar dengan penuh kasih sayang.Semoga anak-anak kita terus tersenyum dan membesar sebagai anak bangsa yang yakin serta berjiwa besar.#MalaysiaMadani #MADANIBekerja #RancakkanMADANI #KementerianDalamNegeri
“Bermula hari ini, Saudara Thonny Chee tiada masa untuk rehat - simpan masa rehat dalam kocek. He has to work around the clock - reach out & meet as many people as he can.”Kami memilih Saudara Thonny kerana beliau punya gabungan kekuatan yang diperlukan oleh Sabah: latar pendidikan undang-undang, pengalaman luas dalam kerja kemasyarakatan, dan semangat anak muda yang progresif. Kita perlukan suara generasi baharu yang mampu bergerak pantas, dekat dengan rakyat, dan berkhidmat dengan penuh integriti.Dengan wakil PH, termasuk Saudara Thonny, berada dalam kerajaan negeri — suara Sabah akan lebih kuat, proses rundingan lebih lancar, dan pembangunan untuk rakyat Sabah dapat dipercepatkan. Jadi kepada pengundi Api-Api dan seluruh Sabah, saya merayu dengan rendah hati:Teruslah bersama Pakatan Harapan.Teruslah sokong calon Keadilan di Api-Api, Saudara Thonny Chee.#MalaysiaMadani #MADANIBekerja #RancakkanMADANI
‎إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّآ إِلَيْهِ رَٰجِعُونَSalam takziah saya titipkan buat ahli keluarga Allahyarham ACP Mohd Nazri Ibrahim, Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah. Saya mendapat berita beliau telah meninggalkan kita semalam di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban, Negeri Sembilan. Semoga keluarga beliau tabah menghadapi dugaan yang besar ini.Pemergian Alahyarham adalah kehilangan besar kepada seluruh pasukan Polis Diraja Malaysia dan seluruh warga keselamatan tanah air.Semoga roh Allahyarham diberi keampunan, rahmat, dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Saya turut mendoakan agar Allah SWT juga menganugerahkan pahala untuk segala jasa sumbangan beliau kepada negara.‎Alfatihah. ‎بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم‎ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞‎امين
Telegram Channel Link information
Country 🇮🇳 India
Language English
Type Telegram Channel Link
Subscribers 487
Rate this group

How would you rate this community?

0.0 ★ Join Group →