Home › Groups › Tarbiah Sentap
Tarbiah Sentap Telegram
Telegram Channel Link

Tarbiah Sentap Telegram Channel Link

★★★★★ 0.0 (0 ratings)
👁 2 views ↗ 0 joins
🇯🇵 Japan 🌐 Japanese # Film & Animation
About this telegram channel link
Saluran Tarbiah, Dakwah & Hiburan Islami Pilihan Anak Muda ~
Telegram Channel

Latest public posts from this Telegram channel.

266 subscribers
13 Oct 2026 latest post
Click to fetch the latest posts directly from Telegram.
Qalbu ialah hati batin yang menjadi tempat bersemayamnya iman, niat dan kesedaran rohani. Jagalah hati, kerana keadaan hati mempengaruhi perbuatan kita.Semoga Allah sentiasa menjaga qalbu kita, melembutkan hati kita untuk menerima kebenaran, dan menetapkan iman kita hingga akhir hayat.
🎶 WATCH 2GETHER: ADNIN ROSLAN 🎬Jadilah antara yang terawal dengarkan secara eksklusif 6 lagu baharu serta muzik video daripada Ustaz Adnin sempena kempen Nasyid Friday. Dan istimewa untuk Watch2gether kali ini, Ustaz Adnin akan lancarkan buku terbaharu beliau. • 23 Oktober 2026 (Jumaat) • 9.00 malam •Masuk percuma • Terhad kepada 200 peserta terawal. • Makanan ringan disediakanDaftar sekarang melalui kod QR pada poster. Jumpa disana!
Korang, dah release di you tube Tarbiah Sentap. Siapa dah tengok boleh tinggalkan komen di video ni 😍Dijanjikan parody Kudrat ni bermanfaat untuk semua, jom tonton sekarang 👇🏻https://youtu.be/vKCU7HqaEFA?si=aWOhKlVNt5EpJHP1
"Bila cahaya bersembunyi, kegelapan menghurungi" Saksikan Badar 1968 parodi pada jam 9 malam ini! Di channel you tube Tarbiah Sentap : https://youtu.be/kI2RkKIXZ3M?si=gSmQaWrY9Ik-2rN7
Kalau siapa dah aktif di Thread, kami pun ada juga disana!ini thread kami, jom ramai - ramai follow kami disana pula 👇🏻https://www.threads.com/@tarbiahsentapofficial?igshid=NTc4MTIwNjQ2YQ==
Kadang-kadang kita terlalu sibuk menjaga apa yang nampak di luar, sampai terlupa untuk menjaga apa yang ada di dalam hati.Tanpa kita sedar, hati boleh dipenuhi rasa iri, dengki, sombong, ujub, marah dan terlalu cintakan dunia.Sebab itu, jangan hanya periksa keadaan diri. Periksalah juga keadaan hati.Semoga Allah bersihkan hati kita daripada segala penyakit yang kita sendiri tak sedari.
Assalamualaikumwarahmatullah buat semua orang sabah, kami nak khabarkan berita baik! 𝐓𝐀𝐑𝐁𝐈𝐀𝐇 𝐒𝐄𝐍𝐓𝐀𝐏 𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐑𝐀𝐃𝐀 𝐃𝐈 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇 sempena... 𝐏𝐄𝐒𝐓𝐀 𝐁𝐔𝐊𝐔 𝐀𝐍𝐓𝐀𝐑𝐀𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀 𝐊𝐎𝐓𝐀 𝐊𝐈𝐍𝐀𝐁𝐀𝐋𝐔Jumpa kami nanti di SICC, Kota Kinabalu. Kami berada di sana bermula pada 23 sehingga 27 September dari jam 9.30 pagi sehingga 10 malam. Boleh dapatkan kesemua buku best seller Tarbiah Sentap disini dan semestinya ada diskaun untuk anda semua! Jumpa Tarbiah Sentap disanaaa 😍
Selamat Menyambut Hari Malaysia. Semoga Malaysia terus dilimpahkan rahmat, keamanan dan keberkatan. Semoga kita semua dapat hidup dalam suasana yang saling menghormati, membantu dan menjaga keharmonian bersama.Semoga Malaysia sentiasa dalam rahmat dan perlindungan Allah 🤲🏻
Pakaian terakhir kita adalah kain kafan. Kenderaan terakhir kita adalah van jenazah. Dan destinasi terakhir kita adalah tanah.Jadi, masihkah kita terlalu sibuk mengejar dunia, sedangkan kita tahu ke mana akhirnya kita akan pergi?Semoga sebelum sampai ke sana, kita sudah cukup bersedia untuk bertemu Allah.
Solatlah di awal waktu dan banyakkan membaca Al-Quran.Kadang-kadang kita rasa masa tak pernah cukup. Tapi bila kita dahulukan solat, hati jadi lebih tenang dan urusan terasa lebih mudah.Banyakkan juga membaca Al-Quran. Bukan kerana kita sudah baik, tetapi kerana kita mahu menjadi lebih baik.Dekatkan diri dengan Allah, sebelum kita mencari ketenangan daripada dunia.
Bencana besar tak terjadi secara tiba-tiba. Ia boleh bermula apabila maksiat semakin berleluasa, dosa dianggap biasa dan orang beriman memilih untuk berdiam diri.Jangan tunggu musibah datang baru kita mahu berubah. Cegahlah kemungkaran sebelum terlambat.Semoga Allah jadikan kita orang yang berani menegur dengan hikmah, bukan yang hanya melihat lalu mendiamkan diri. Peringatan bersama untuk semua.
𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐑𝐃𝐄𝐊𝐀𝐀𝐍 𝐊𝐄-𝟔𝟗 (𝟑𝟏 𝐎𝐆𝐎𝐒 𝟐𝟎𝟐𝟔) Jiwa dan roh Merdeka yang sebenar ialah apabila dianugerahkan nikmat iman dan Islam oleh Allah."Semoga Allah sentiasa memberkati dan melimpahkan rahmat buat negara kita, Malaysia" - Tarbiah Sentap
Hari kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad saw ini mengingatkan kita untuk memperkukuh iman, memperbanyakkan selawat, serta mencontohi akhlak mulia Baginda dalam kehidupan. Salam Maulidur Rasul 1448 Hijrah dari Tarbiah Sentap.
Di saat Baginda disakiti, dihina bahkan dilempari batu sehingga darah mengalir dari tubuh Baginda, Baginda tidak memilih untuk membalas dengan kebencian.Sebaliknya, Baginda tetap berharap agar daripada keturunan mereka lahir insan-insan yang menyembah Allah.Begitulah akhlak Rasulullah. Bukan membalas luka dengan luka, tetapi membalas keburukan dengan doa.Maka, kalau benar kita mencintai Baginda, marilah kita belajar mencintai akhlaknya, meneladani sabarnya dan menghidupkan sunnahnya dalam kehidupan.
1 Rabiulawal. اللهم صل وسلم على نبينا محمدAlhamdulillah, Allah masih beri kita kesempatan untuk bertemu dengan bulan Rabiulawal, bulan yang mengingatkan kita kepada insan yang paling mulia, junjungan besar kita Nabi Muhammad. Bulan ini bukan sekadar tentang mengingati tarikh kelahiran Baginda, tetapi tentang mengingat kembali betapa besarnya pengorbanan Rasulullah dalam membawa kita mengenal Allah, mengenal Islam dan mengenal jalan menuju Syurga.Semoga masuknya 1 Rabiulawal ini menjadi titik untuk kita lebih banyak berselawat, membaca sirah Baginda, mengenali akhlak Rasulullah dan berusaha menghidupkan sunnah dalam kehidupan kita.Ya Allah, jangan jadikan cinta kami kepada Rasulullah hanya pada kata-kata. Hidupkanlah cinta itu dalam hati kami, pada akhlak kami, pada ibadah kami dan pada setiap langkah kehidupan kami.
Telegram Channel Link information
Country 🇯🇵 Japan
Language Japanese
Type Telegram Channel Link
Subscribers 266
Rate this group

How would you rate this community?

0.0 ★ Join Group →