Telegram
Telegram Channel Link
BUNGA TANPA DAUN 🖤 Telegram Channel Link
👁
3
views
↗
0
joins
About this telegram channel link
SUBSCRIBE , LIKE & SHARE :)
Telegram Channel
Latest public posts from this Telegram channel.
11
subscribers
01 Jun 2026
latest post
Ada hari yang terasa ringan , ada hari yang terasa begitu berat sehingga kita tertanya-tanya sama ada kita masih mampu meneruskannya . Namun hidup bukan tentang siapa yang tidak pernah jatuh , tetapi tentang siapa yang tetap memilih untuk bangun walaupun hatinya lelah . Kadang-kadang , apa yang sedang menguji kita hari ini sebenarnya sedang membentuk versi diri yang lebih kuat untuk hari esok . Jangan kecewa jika perjalananmu tidak berjalan seperti yang dirancang . Bunga juga tidak mekar pada hari yang sama , tetapi setiap satunya tetap mekar pada waktu yang telah ditentukan . Teruslah berjalan , teruslah berharap , dan teruslah berdoa . Kerana apa yang ditakdirkan untukmu tidak akan pernah tersalah alamat . Dan suatu hari nanti , apabila kau melihat ke belakang , kau akan sedar bahawa setiap air mata , setiap kehilangan , dan setiap penantian itu sebenarnya sedang membawamu kepada sesuatu yang lebih indah daripada yang pernah kau bayangkan 🫶
Kadang adah pandang langit lama-lama,harap dapat rasa mak tengok adah dari atas sana.Kadang adah cakap perlahan dalam hati,“Mak, adah rindu mak sangat… rindu sampai sesak.”Adah harap mak tenang kat sana.Adah harap mak tahu, setiap doa yang adah sebut malam-malam —semuanya masih untuk mak.Dan adah harap, satu hari nanti, bila tiba masa,Adah dapat peluk mak balik — lama, tanpa lepaskan.Sebab tak kira berapa tahun pun berlalu,kasih adah pada mak tu takkan pernah pudar.Cuma bertukar jadi doa, jadi air mata,dan jadi rindu yang tak pernah reda. 🤍Ya Allah,Jika rindu ini satu ujian,berilah adah kekuatan untuk menanggungnya dengan sabar.Kerana setiap kali adah rindukan mak,Adah sedar — adah sedang rindukan syurga yang pernah adah lalui dulu…syurga bernama mak 🤍
Ada satu rasa yang susah nak diterangkan bila orang yang pernah jadi asing dalam hidup kita , tiba-tiba Allah hadirkan balik ...Bukan sekadar hadir , tapi dengan perasaan yang lebih dalam dari dulu .Kita pernah lalui fasa diam , fasa salah faham , fasa masing-masing simpan rasa tanpa suara .Dalam diam tu , rindu sebenarnya tak pernah hilang …Cuma ego dan keadaan yang buat kita jauh .Hari ni bila semuanya kembali pulih , aku sedar …Bukan semua orang diberi peluang kedua macam ni .Rasa syukur tu bercampur dengan sebak , sebab aku tahu betapa sakitnya kehilangan sebelum ni . Setiap kenangan lama datang balik , tapi kali ni dengan perasaan yang lebih matang …Lebih menghargai . Aku rindu versi kita yang dulu , tapi aku lagi sayang versi kita yang sekarang , yang dah faham erti jaga hati , erti setia walaupun pernah terluka ...Kalau dulu kita boleh terpisah sebab salah faham , hari ni aku harap kita belajar untuk saling faham tanpa perlu banyak kata . Sebab jujurnya … aku tak nak kehilangan ni berlaku lagi .Terima kasih sebab masih pilih untuk kembali , walaupun jalan kita pernah terhenti sekejap .Aku hargai , aku sayang , dan aku rindu ... lebih dari apa yang aku mampu ungkapkan .
Mencintai anak keempat belas itu bukan tentang kehebohan ,Tapi tentang ketenangan yang tak semua orang mampu faham .Dia terbiasa hidup dalam barisan panjang kasih sayang ,Belajar dari jauh bahawa perhatian tak selalu datang pertama ,Tapi kasih boleh tumbuh dalam diam ,Tanpa perlu diminta . . .Dia terbiasa mendengar sebelum didengar ,Memberi sebelum diminta ,Tersenyum meski namanya jarang disebut . . .Dia bukan yang paling lantang ,Tapi hatinya paling dalam .Bukan yang paling menonjol ,Tapi langkahnya selalu tulus . . Anak keempat belas tahu ,Tidak semua cinta perlu dilaungkan untuk dirasai ,Tidak semua kehadiran perlu disedari untuk bererti .Dia mencintai dengan cara yang lembut ,Perlahan ,Seperti angin yang menyapa jendela di hujung senja ,Tidak terlihat ,Tapi terasa . . .Dan bila kau mencintai anak keempat belas ,Kau akan sedar bahawa dia tidak mencari tempat di hatimu ,Kerana dia sudah terbiasa mencipta ruang sendiri dalam diam .Dia tidak minta difahami ,Cukup jika kau tidak pergi .Kerana di hatinya ,Cinta bukan tentang memiliki ,Tapi tentang menemani . . .Tanpa janji ,Tanpa syarat ,Namun selalu setia ,Walau dalam sepi . . .🌙❤️🩹
Tahun pertama puasa tanpa abah ,Tahun kedua puasa tanpa mak 😔Dua kehilangan besar yang datang berturut turut ..Meninggalkan ruang kosong yang tak pernah benar-benar terisi ☹️Rumah masih berdiri , suara masih ada ..Tapi rasa hangat itu sudah pergi bersama mereka 🥺Sedihnya bukan sehari dua ..Ia tinggal lama , berlapis dengan kenangan 🙌Sakitnya pula bukan jenis yang boleh dilihat 🫴Ia menikam perlahan setiap kali teringat senyuman ☺️Setiap kali terbayang suara memanggil nama .Rindu yang terlalu dalam 😭Rindu yang buat dada sesak tanpa sebab 😩Rindu yang datang waktu sahur , waktu berbuka ..Waktu sunyi yang tak ada siapa pun untuk dipeluk 🤧Ada hari kita nampak kuat di mata orang 🙂ketawa , berbual seperti biasa 😁Tapi bila sendirian , hati runtuh berkeping-keping 🥀Air mata jatuh tanpa amaran 💔Bukan sebab lemah ..Tapi sebab kasih itu terlalu besar untuk dipendam ❤️Namun di sebalik semua luka ini ..Aku masih belajar bernafas 😊Masih belajar redha walaupun payah 😉Setiap doa yang terangkat ,Setiap al-Fatihah yang dibaca ,Itulah cara cinta aku terus hidup 🥰Moga Allah tenangkan abah dan mak di sana 🫶luaskan kubur mereka dengan cahaya ✨Dan suatu hari nanti ,Rindu yang menyakitkan ini Allah ganti dengan pertemuan yang kekal 🌈tanpa air mata , tanpa perpisahan lagi 🌹
*SURAT RINDU UNTUK MAK* Assalamualaikum mak…Hari ni, Adah duduk sorang-sorang… dan tiba-tiba rindu tu datang tanpa amaran. Rindu yang menyakitkan… yang buat dada Adah sesak, air mata jatuh sendiri.Mak… kenapa mak pergi seawal itu? Adah masih perlukan mak. Masih nak mak peluk Adah waktu Adah sedih, masih nak dengar suara mak marah lembut-lembut, masih nak mak tengok Adah berjaya satu hari nanti. Tapi sekarang… semua tu cuma tinggal angan dan bayang.Setiap kali Adah tengok orang lain peluk mak mereka, suap mak makan, bawak mak jalan-jalan… Adah jeles sangat. Bukan sebab Adah tak suka… tapi sebab Adah rindu. Rindu benda yang Adah takkan dapat semula.Adah minta maaf mak… kalau dulu Adah banyak buat mak kecewa. Kalau Adah tak cukup tunjuk sayang. Tapi mak… percayalah, dari hati yang paling dalam, Adah sayang mak… sangat-sangat. Setiap malam Adah doa, semoga mak tenang kat sana. Semoga Allah ampunkan dosa mak, dan tempatkan mak di antara hamba-Nya yang paling dikasihi.Kalau mak masih boleh dengar… tolong tahu satu perkara ni:Adah takkan pernah lupa mak. Adah akan terus hidup dengan doa, dengan rindu, dan dengan kenangan bersama mak… sampai kita jumpa semula nanti, insyaAllah.Al-Fatihah untuk mak tercinta 🤍Dengan penuh rindu,Adah
Bermulanya 1 ramadhan tanpa MAK ..MAK ..esok da start puasa , puasa tanpa MAK .. sedikit sepi . Tiada lagiy suara itu , tiada lagiy keriuhan itu , tiada lagi kemesraan itu . Rindu pada MAK tiada penghujung .. setiap angin yang menyapa tubuh .. terasa kehadiran MAK bersama .. tiada hari tanpa airmata , tiada hari tanpa rindu , . Sakitnya terlalu ngilu .. berpura pura kuat itu sakit .. " aku kuat " ayat itu selalu aku ulang dalam kepala ..bersama linangan air mata .. Lillah , rindu MAK sangat ...
Channel name was changed to «BUNGA TANPA DAUN 🖤»
Sesakit ini menjadi dewasa ..
Jika aku suarakan isi hati , akankah kau mengerti ?
Jatuh kerana manusia ,Bangkitlah keranaNya !
Jika bersamaku kau temukan bahagia , tetaplah denganku .Namun , jika bersamaku kau temukan derita , pergilah .
Wahai hati , jangan terlalu cinta , kerana tidak mahu lagi hati terluka .Wahai hati , jangan terlalu sayang , kerana tidak mahu lagi gila membayang .Wahai hati , cukup saja memendam agar tidak lagi menangis dalam diam .Jangan pernah lupa , bahawa luka dulu terlalu pahit .Jangan pernah lupa , bahawa luka dulu terlalu perit .Jangan pernah lupa bahawa luka dulu terlalu sakit .Cinta itu tidak kejam , cuma tidak mahu tenggelam .Cinta itu tidak kejam , cuma tidak mahu hidup dalam kelam .Ajar hati untuk sederhana ,Bukan tidak cinta , tetapi tidak mahu pisang berbuah dua .
Ku kira kau penawar , ternyata racun yang mematikan ..
LUKA di LUTUT lebih baik daripada LUKA di HATI ...
Silap MenilaiKau yang terlalu aku anggap istimewa , rupanya luka .Kau yang terlalu aku anggap segalanya , rupanya tiada apa .Silap aku kerana terlalu percaya .Silap aku kerana terlanjur sayang .Kini aku yang sakit .Sendiri . Membaluti kesakitan itu .Mereka kata maafkan .Ye , aku maafkan . Tapi bagaimana aku harus melupakan .Kenangan itu . Suara itu . Janji itu . Mengapa begitu sulit untuk melepaskan . Bukankah dia sudah menyakiti . Dengan begitu dalam .Sehingga tiada rasa cinta untuk sesiapapun setelah dia . Beginikah mati rasa ? Tidak mahu dicintai dan mencintai .Aku lelah .Lelah berperang dengan perasaan ini .Lelah berperang dengan rindu . Sungguh ini terlalu menyakitkan .Aku sangat berharap agar aku dapat bebas dari rasa ini .
tersenyum bukan bererti bahagia , mungkin saja dia sedang menyembunyikan luka ..
it fucking sucks . what is it ? to forget you .. i try !! but i can't ..
It's hurt but it's okay ..
Yang Indah Pasti Akan Hadir .kenyataan itu memang pahit . nak tak nak kene hadap . lebih baik tahu sekarang , daripada menyesal di kemudian hari . sayang macam mana pon bila Allah kata tak , tetap tak bersama . sakit yang sekarang dirasakan , akan digantikan dengan kebahagiaan . bila tu jangan tanya , yang pasti bahagia itu pasti akan kau dapat . kan orang kata , lepas hujan pasti ada pelangi . yang penting sekarang niy belajar lepaskan , sabar , redha , ikhlas , inshaallah semuanya akan baik baik sahaja 🤍
Telegram Channel Link information