Takut Nak Ajak Orang Lain? Tapi Dunia Sedang Terbakar.Kita tahu di zaman ini, tarbiah diri & ajak orang lain kembali kepada Allah itu penting.
Tapi hakikatnya masih ramai yg takut-takut.
Takut orang judge.
Takut dikatakan bajet baik.
Takut kena reject.
Takut diri sendiri tak cukup baik.
Takut tak pandai bercakap.
Tapi dalam masa yang sama
Dunia sedang terbakar.
Di TikTok, ribuan konten normalisasi hubungan sedarah, BDSM dan fetish pelik trending setiap minggu.
Komik dan animasi LGBTQ makin dijajah dalam hiburan remaja.
Budaya “OnlyFans” dan sugar baby makin diterima sebagai “cara mudah buat duit.”
Budak sekolah rendah hatta budak tadika pun dah tahu namanya pornstar dan tengok porn dalam tandas.
Ramai remaja Muslim percaya zina bukan dosa besar “asalkan consensual.”
Bahkan ada yang kata: “Kenapa perlu kahwin, kalau boleh buat semua benda sebelum kahwin?”
Haishh!!! Ikutkan emosi, aku rasa nak cincang-cincang mulut si jahil yg bercakap ni.
Tapi kita hari ini masih takut nak bercakap?
Hey come on! Realiti ini patut buat kita menangis.
Kalau kita yang tahu kebenaran pun diam,
Siapa lagi yang akan bersuara?
“Dan janganlah kamu menyembunyikan apa yang telah Allah turunkan (dari kebenaran)…”
(Ali ‘Imran: 187)
Dan Nabi SAW pun sudah berpesan kpd kita melalui hadis baginda:
“Barang siapa di antara kamu melihat kemungkaran, maka ubahlah dengan tangannya. Jika tidak mampu, maka dengan lisannya. Jika tidak mampu, maka dengan hatinya, dan itu selemah-lemah iman.” (HR Muslim)
Tapi yes, aku faham, takut itu ada.
Kita manusia biasa.
Rasa takut itu fitrah. Tapi jangan biar takut menutup keberanian.
Baca balik kisah Nabi Musa AS. Beliau seorang nabi, tapi masih merasa takut untuk berdakwah sebab dia manusia gak.
“Ya Tuhanku, aku takut mereka mendustakanku.” (Asy-Syu’ara: 12)
Allah tak marah. Sebab itu fitrah kejadian manusia. Sebaliknya Allah memberi kekuatan buat Nabi Musa.
“Jangan takut! Sesungguhnya Aku bersama kamu.” (Taha: 46)
Jadi, buat korang yang masih
kecut nak berdakwah atau nak sampaikan kebenaran atau ajak orang lain kepada kebaikan, lebih-lebih lagi di saat kau sorang-sorang, boleh jadikan ni tips berguna:
1. Yakin, bukan kau yang beri hidayah. Allah yang beri.Tugas kau cuma sampaikan. Bukan ubah hati orang. So tak payah fikir banyak sampai akhirnya kau tak gerak pun.
“Sesungguhnya engkau (Muhammad) tidak dapat memberi petunjuk kepada orang yang engkau cintai…” (Al-Qasas: 56)
2. Jangan tunggu sempurna baru nak ajak orang.Kalaulah dakwah itu hanya untuk orang sempurna, takkan ada sesiapa yang berdakwah kat muka bumi ini.
Dengan amar makruf nahi mungkar inilah yang akan menyucikan dan memperbaiki kita
.3. Sampaikan ikut kadar yang kau mampu.As starting, satu ayat pun cukup.
Nak share artikel pun boleh. Itu dah cukup baik. Pastu ajak geng-geng sekepala korang sekali.
"Eh awak, jom kita gi edar artikel tentang Palestin malam ni, kita nak share ayat qur'an kat member-member kita kat sekolah/kampus ni, nak sama-sama remind utk makin sedar diri."
“Sampaikanlah dariku walau satu ayat.” (HR. Bukhari)
4. Istiqomah dengan circle tarbiyah yang boleh tolong topup iman dan kekuatan kita. Dakwah tak boleh seorang. Kita perlukan orang yang sentiasa ingatkan dan tolong jaga bahu kita daripada rebah. Erk fikir jap, bahu ka kaki? Takpalah
😅Maksud aku tu, kau nak ajak orang lain jadi baik, ingat Allah tapi paling utama diri kau dulu. Kau dulu kena ada kemahuan dan kesedaran nak berubah barulah ada kekuatan untuk mengubah.
Akhir kata,
Kalau bukan kita yang nak ajak orang lain kepada hal mengingat Allah, siapa lagi?
Kalau bukan sekarang, bila lagi?
Jangan takut suara kamu terlalu kecil.
Kerana kadang, satu story IG pun boleh ubah hati seseorang.
Satu ajakan pergi halaqah/program tarbiah boleh selamatkan seorang jiwa dari neraka. Mungkin.
Dunia sedang terbakar.
Tapi kita ada air dari langit Yakni kebenaran, iman, dan Allah!
💪Padamkan api itu. Mulakan dengan apa yang kalian mampu.